Isnin, 25 April 2011

Merangkak pulak,,,

      Ehh,ehh dah masuk awal tahun rupanya.Dalam sibuk aku ralit bermain dimusim cuti sekolah,maka tibalah masanya untuk aku melangkah keera sekolah menengah.Aku rasa dah besar sekarang ni,maklumlah dah bersunat dah.Hari pertama bertemu kawan-kawan lama,suka rasanya.Kawan baru pun ramai juga yang nak friendster ni.Kawan perempuan lagilah nak berkawan dengan aku.Kekasih aku tak reti.Jadi berkawan ajelah.
     Esok dan hari seterusnya aku di kerumuni macam semut kerumun gula.Mestilah kerana aku ketua dalam kelas tu.Ketika ini aku mengaji dalam bidang pertanian.Kawan perempuan pula mengaji urusan rumahtangga.Nanti bila dah kahwin dia orang tak susah nak jaga rumahtangga.Dari menjahit hingga memasak mereka belajar.Kadang-kadang aku sempat juga merasa masakan mereka.Boleh tahan jugak mereka memasak.Patutlah masing-masing kahwin awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan