Ahad, 24 April 2011

Kelahiranku,,,

   Angin LautChina Selatan terus menerus,membadai,mengalun menerjah pantai Kuala Kemaman.Kampong nelayan yang sibuk dengan aktiviti seharian penuh jerik pekik orang-orang kampong.Para bapa bersiap untuk turun kelaut mencari rezeki.Para ibu-ibu sibuk menyediakan sarapan dan bekalan keluarga.Anak-anak sibuk mengemas untuk ke sekolah.Begitulah rutin seharian pada ufuk timur yang baru mengintai gigi langit.Indah sungguh ciptaan Ilahi dengan warna fajar yang menyinsing.
   Dilokasi ini,aku berkesempatan bingkas meluru ke perigi birai rumah.Tuala lusuh kusangkut pada pohon kemudu.Cedokan air perigi pada kala ini amat dingin menjamah kulit tubuhku.Cepat-cepat aku mandi untuk pergi sekolah.Selesai berpakaian aku ke dapur menjamah pulut sambal ikan masin.Sambil menghirup kopiO panas sempat juga ibu mengusik.Ibu amat suka berbahas untuk menajamkam minda aku dan juga minda ibu.Abang dan kakak menginap di asrama.
    Aku ke sekolah berjalan 100kaki,dekat kan.Kebiasaannya aku suka tiba awal.Banyak masa boleh aku luangkan,tidaklah kelam kabut.Didalam kelas aku pilih meja tengah.Aku boleh berpusing 360 darjah tanpa bangun.Jimat masa jimat tenaga.Aku tergolong murid pintar.Biasanya pada setiap peperiksaan akhir tahun,aku pasti merangkul no1 ataupun no2.Yang herannya peperiksaan Penilaian aku tidak cemerlang,jadi tak dapatlah aku nak ke asrama penuh.Peperiksaan akhir tahun 6,aku bersama 10 rakan yang lain memperolehi keputusan yang cemerlang.Ini membolehkan aku menerima Biasiswa Kecil Persekutuan.Dengan biasiswa ini dapatlah meringankan beban keluarga menampung perbelanjaan persekolahan menengah tidak lama lagi,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan